Sunday, January 31, 2016

Anak Yang Baik - Tarbiatul Aulad

Semua ibu bapa inginkan anak yang baik. Kalau boleh mereka nak anak mereka semua jadi baik. Kalau ada lima orang anak, kelima-lima tu mesti kena baik.

Ibu bapa tak kisah sangat kalau anak mereka tak hensem, janji anak mereka anak yang baik. Tapi semua tahu ke macam mana nak didik anak agar jadi anak yang baik dengan cara yang betul?



Kalau dah tahu, Alhamdulillah. Tapi kalau ada yang masih belum tahu, mari sini saya tunjukkan. Setakat yang saya tahu, ada 2 cara yang biasa orang gunakan untuk membentuk anak yang baik:

1. Jangan menuruti semua keinginan anak-anak

Kebiasaan yang terjadi bilamana ibu bapa ikut kemahuan anak, anak akan jadi terlalu manja. Apa yang dia ingin, semua dibelikan. Anak seperti ini akan membesar dengan minda "semua benda aku boleh dapat dari ibu bapa" yang akhirnya menyebabkan anak ini malas untuk berdikari.

Nanti dah besar, duit ibu bapa kasi. Entah-entah kahwin pun guna duit ibu bapa. Pening ibu bapa nanti.

2. Jangan terlalu banyak melarang

Biasalah budak-budak. Umur budak-budak ni umur mencuba semua perkara. Waktu inilah mereka akan cuba panjat pokok, cuba main lari-lari. Ibu bapa yang risaukan anak mereka, pasti akan melarang banyak benda. Jangan itu, jangan ini. Yang sepatutnya ialah komunikasi dua hala. Tanyakan dahulu ingin buat apa, kemudian beritahu mereka keburukan perkara tersebut. Pasti mereka akan tinggalkan dengan sendirinya. Automatik mereka akan menjadi anak yang baik.

Tapi kan, sebenarnya kita lupa. Dua cara di atas ini adalah cara di fasa pertengahan. Seolahnya kita dah melangkau step yang pertama. Apa dia rasanya? Cuba anda teka. 

Saya bagi satu contoh. Anda semua nak masak kek. Pasti anda akan sediakan bahan-bahan, tepung, tepung penaik, telur, gula, coklat dan macam-macam lagi. Anda pun buat kononnya ikut step. Bila kek dah siap, di dapati kek tersebut rasanya tak sama dengan yang sepatutnya. Rasanya sebab apa?

Bila anda check, ulian dah betul, isi padu tepung dah betul, kuantiti telur dah tepat. Jadi apa masalah sebenarnya? Kenapa kek tidak menjadi. 

Saya katakan... anda telah tertinggal step yang pertama!

Step yang anda tidak sedari. Atau mungkin anda tidak pernah terfikir atau terlintas di fikiran. Iaitu check sama ada bahas asas buat kek tersebut masih elok atau tidak. Inilah dia step yang anda tertinggal. Bila kek dibuat dari bahan yang sudah rosak, kaedah apa-pun yang kita guna pakai pasti tidak menjadi.

Begitulah juga dengan mendidik anak-anak, ibu bapa sibuk nak cari cara didik anak jadi anak yang baik. tetapi terlupa step yang pertama dalam mendidik anak-anak. Cuba teka apa dia?

Step pertama dalam mendidik anak menjadi anak yang baik adalah bermula dengan ibu bapa itu sendiri. Dr. Abdullah Nasih Ulwan menggariskan persediaan awal bagi mencorak peribadi anak bermula dari proses memilih pasangan hidup sehingga persediaan daripada aspek fizikal, mental, dan psikologi ibu bapa sebelum dan selepas kelahiran anak.

Haa... nampak tak? Nak anak yang baik, pilih calon pasangan hidup yang baik. Kemudian para bakal ibu dan bapa perlu menyiapkan diri mereka menjadi baik dahulu sebelum anak menjadi baik. Ini barulah kena cara.

Nak mendidik anak menjadi anak yang baik ini terdapat banyak cara. Semuanya telah ditulis di dalam buku karangan Dr. Abdullah Nasih Ulwan iaitu Cara Mendidik Anak - Tarbiatul Aulad.

Tak perlu susah-susah cari di google. Tak perlu susahkan diri untuk beli air bacaan 30 juzuk untuk anak anda minum. Baca sahaja panduan oleh ulama' besar islam ini. Ayat yang digunakan amat mudah dan apa yang dinyatakan dalam bukunya sesuai untuk semua zaman.

Klik di sini untuk membeli secara online: Cara Mendidik Anak - Tarbiatul Aulad.

Mudah-mudahan anak kita menjadi anak yang baik serta aset yang penting yang mendoakan kedua ibu bapanya dan menjadi aset saham akhirat kita. Ameen !

Ilmu Dan Peradaban Ketamadunan

Ilmu adalah teori. Teori tidak akan bernilai jika tiada yang ingin membumikannya. Sebaliknya jika amal tanpa ilmu, maka ia sia-sia. Inilah yang disepakati oleh para ilmuan sejak dahulu. Disebabkan itulah terdapat kata-kata:

"Ilmu tanpa amal adalah gila. Manakala Amal tanpa ilmu tidak berguna"

Oleh itu, saya mahu mengajak rakan-rakan untuk kita saling berkongsi bahan bacaan. Kita saling bantu membantu dalam peningkatan ilmu. Berkongsi apa sahaja demi membangun peradaban.
Membumikan idea bermula dengan perlunya idea (ilmu).

Tamadun Di Bina Dengan ilmu


Peradaban hanya akan wujud bila masyarakat dipenuhi dengan ilmu, mereka melangkah ke atas dunia dengan misi merealisasikan idea dan wawasan. Walau apa-pun terjadi mereka tetap teguh membangun ketamadunan.

Malik Bin Nabi antara yang berpendapat sebegini, beliau berpendapat, bangsa yang mempunyai pelbagai ilmu mampu membangun ketamadunan walau diruntuhkan musuh, walau dijajah. Mereka bangkit dalam waktu yang singkat.

Ya, mungkin mengambil masa untuk mencapai peradaban di waktu ini. Tetapi kita perlu positif demi generasi mendatang. Malik Bin Nabi sering mengutarakan bicara Imam Malik Bin Anas:

Urusan bagi umat terkemudian tidak akan menjadi baik melainkan apa yang telah diperbaiki oleh generasi awalnya.

Maka lebih layak kita katakan, generasi akan datang akan mencapai peradaban dan ketamadunan jika ianya bermula dari generasi kita di masa sekarang.

Mari bersama memohon kepada Allah SWT agar kita diberi kekuatan dalam menuntut ilmu, kemudian mampu merealisasikan wawasan ilmu ke dalam kehdupan demi kesejahteraan umat mendatang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© KHAZANAH ILMU
Maira Gall