Tuesday, February 2, 2016

Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam

Baru-baru ini saya mengikuti talk tentang pendidikan rumah tangga dan pendidikan anak-anak. Bila saya memikirkan semula, pengisian program itu sangat baik dan perlu dikongsi kepada orang ramai. Jadi saya ingin kongsikan sedikit tentang apa yang saya dapatkan dari talk tersebut.



1. Pendidikan anak-anak matlamatnya bukanlah untuk melahirkan manusia yang menyandang jawatan yang tinggi apatah lagi harta yang banyak. Ramai ibu bapa yang tersilap, mereka ingin bila anak-anak itu dewasa kelak mereka akan menjadi orang yang berjawatan tinggi dan berada. Ini bukan matlamat pendidikan anak-anak yang sebenar. Matlamat sebenar pendidikan anak-anak adalah supaya mereka berjaya memasuki gerbang Syurga nantinya.

Allah SWT berfirman:

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (QS 3:185)

Bukannya tidak boleh jawatan atau harta, cuma jangan dilupakan misi utama iaitu agar mereka masuk ke syurga itu pada akhirnya.

2. Ibu bapa perlu memilih kaedah pendidikan anak-anak.

Kaedah pendidikan anak-anak ada banyak, antara:


  • Pertama adalah melalui Keteladanan atau Qudwah, 
  • Kedua adalah dengan Pembiasaan atau adat, 
  • Ketiga adalah melalui Pemberian Nasihat atau peringatan, 
  • Keempat dengan melaksanakan Mekanisme Kontrol atau Mulahazhoh, 
  • Terakhir adalah Sistem hukuman atau akibat.
Jangan tinggalkan satu pun dari ke lima kaedah tersebut,dan yang paling penting adalah Keteladanan (sebagai kaedah yang paling efektif dalam pendidikan anak-anak).

Ada banyak lagi. Cuma saya anggap 2 point ini sudah mencakupi semua perkara.

Kadang-kadang kita banyak habiskan masa pergi ke seminar pendidikan anak-anak atau mencari di internet, sebenarnya ada cara yang lebih mudah dan cepat. Semua perkara berkaitan pendidikan keibubapaan, rumah tangga, pendidikan anak-anak telah dikumpulkan dalam buku Cara Mendidik Anak - Tarbiatul Aulad karangan Dr.Abdullah Nasih Ulwan (ilmuan besar islam).



Dari sebelum kahwin sehingga mempunyai anak dan sampai anak besar ada dihuraikan di dalam buku tersebut.

Tak rugi memilikinya.
Klik link ini untuk membeli buku tersebut secara online: Cara Mendidik Anak - Tarbiatul Aulad

Selamat mencuba :)

Monday, February 1, 2016

5 Cara Menjadi Ibu Bapa Yang Baik & Bertanggungjawab

Saya rasa penuh yakin bahawa yang membaca artikel ini adalah ibu bapa yang prihatin, mahu mengubah diri agar menjadi ibu bapa yang baik kepada anak-anaknya. Kepada mereka ini, saya ucapkan tahniah kerana mempunyai semangat untuk memperbaiki diri dan mempelajari selok belok menjadi ibu bapa yang baik dan bertanggungjawab.

Ibu bapa yang baik & bertanggungjawab


Terdapat pelbagai cara untuk menjadi ibu bapa yang baik. Ibu bapa yang benar-benar sayangkan anak mereka pasti akan mempelajari dari buku keibubapaan, menghadiri kelas-kelas dan mendapatkan nasihat mereka yang lebih berpengalaman.

Apakah dia cara menjadi ibu bapa yang baik dan bertanggungjawab? Yang ingin saya kongsikan ini hanyalah ikhtiar dan usaha perancangan. Ya, kita berusaha menjadi ibu bapa yang baik. Selebihnya kita berdoa dan berserah kepada Allah SWT. Dialah yang maha kuasa. Perancangan apa-pun jika dia perkenankan pasti menjadi nyata. Prinsip dibawah ini adalah sebagai panduan ibu bapa untuk diaplikasikan dalam kehidupan kita:

1. Jadilah contoh dan qudwah kepada anak-anak

Ada sebuah kisah yang diceritakan oleh Syeikh Ratib An-Nablusi (Ulama' Tafsir terkemuka Syria), tentang ibu bapa. Kisah ini benar-benar berlaku. Beliau menceritakan:

"Aku mengenali seorang bapa, namanya adalah nama islam tetapi kelakuan/perangainya tidaklah islam. Dia sentiasa mahu anaknya menjadi seorang muslim yang baik, akhlak yang bagus, bersih dan lemah-lembut. Akan tetapi aku melihat bapanya tidak seperti apa yang ia harapkan pada anaknya.

Ketahuilah wahai bapa, jika anda inginkan anak anda seorang yang jujur, maka anda perlu jujur terlebih dahulu. Anda mahukan anak anda lemah lembut, andalah wahai ibu bapa yang perlu lakukannya dahulu. Kalau anda tidak mengalihkan pandangan terhadap sesuatu yang haram, apakah mungkin anak anda akan mengalihkan pandangannya? Selagi engkau tidak amanah, dia (anak) tidak akan amanah. Kerana apa ini terjadi?
Ini kerana di dalam fikiran anak-anak, ibu bapa sentiasa menjadi contoh buat mereka."

Oleh itu ibu bapa, jika anda sayangkan anak anda. Jadilah contoh yang baik buat mereka. Ibu bapa yang baik akan menghasilkan anak yang baik.

2. Lapangkan waktu bersama anak-anak secara khusus setiap minggu

Sesibuk mana pun ibu bapa, sehebat mana pun gaji yang diterima, segah mana pun anugerah. Bagi anak-anak ianya bukan kebahagiaan. Saya pernah mendampingin kawan-kawan yang bermasalah. Jika di sekolah, guru-guru sentiasa memarahinya. Namanya sering menjadi perbualan setiap pelajar. Bila pihak sekolah menjalankan survey gaji ibu bapa pelajar, pelajar yang nakal tadi menulis diatas borang dan mengembalikannya kepada guru. Guru tersebut memanggilnya semula. 

"Pelajar A, datang ke sini sebentar!" Panggil guru
"Ya ada apa cikgu?" pelajar A persoal.
"Jumlah gaji ayah kamu ini betul ke?" Soal guru
"Ya, betul cikgu" jawab pelajar
"100k sebulan?" soal guru
"Haah. Itulah gaji ayah saya." jawab pelajar.
"Ayah kamu kerja apa?" soal guru
"Ayah saya kerja ***** (jawatan besar)"ulas pelajar
"Untung kamu keluarga kaya" Kata guru
"Tak best pun, nak cakap pun guna phone, sebulan sekali baru boleh jumpa" ujar pelajar A.

Ini bukan kisah yang direka. Ini pengalaman saya sendiri. Hakikatnya kekayan bukanlah kebahagiaan bagi anak-anak. Mereka ingin bersama ibu bapa meluangkan masa lapang mereka.

Ibu bapa yang baik dan bertanggungjawan mestilah mengambil kira soal ini. Buatlah jadual mingguan bersama anak-anak. Ya saya tahu kita di zaman ekonomi merudum, kerja pun perlu lebih, balik kerja sahaja sudah letih. Fikikan juga perasaan anak-anak. Mereka memerlukan kita lebih dari mereka inginkan kehidupan selesa.

3. Ibu bapa menjadi pendengar yang baik

Ketika anak anak berubah perangai dari kebiasaan, tanyakan khabar mereka. Jika mereka ada masalah, pinjamkan telinga ibu bapa untuk mendengar permasalahan anak-anak. Dan jangan sesekali mentertawakan permasalahan mereka meskipun perkara remah. Bagi orang dewasa ianya remah, tetapi sesuatu perkara bagi anak-anak merupakan perkara besar. Senyap ketika mendengar permaslahan mereka, dan tidak menyampuk sehingga mereka habis bercerita.

Tidak terhenti setakat itu, cubalah berikan nasihat dan solusi untuk anak-anak bebas dari permaslaahan tersebut.

4. Tidak memaksakan anak-anak membuat sesuatu yang tidak diminati

Bukannya semua perkara, tetapi sesetengah perkara. Contohnya bidang pelajaran. Ketika saya belajar degree dahulu, saya ada seorang senior. Dia memang tak masuk dengan semua orang. Habis sahaja kelas, dia akan balik ke rumah dan terperosok dalam biliknya. Kebetulan saya jiran rumah yang dia sewa. Rakan-rakannya tidak tahu apa yang dia buat dalam bilik. Result pelajarannya semakin hari semakin merosot. Keadaan biliknya suatu hari saya masuk, penuh berdebu seolah ditinggalkan lama. Semuanya tidak dijaga dengan baik.

Suatu hari saya sembang dengan dia: "Ko ambil bidang ni sebab apa ye? Macam aku ambil bidang sekian-sekian sebab bidang ni best. Ko plak sebab apa?"

Dia menjawab: "Mak ayah aku paksa. Aku tak minat pun. Aku minat IT."

Aku dalam hati: "Hurmm... patutlah. Kena paksa rupanya. Sebab itu dia jadi macam ini"

Lebih kesian lagi, dia tidak pernah call ibu bapanya sepanjang 5 tahun. Habis sahaja dia grad dari universiti, dia terus travel ke negara lain dan bekerja di sana tanpa memberitahu ibu bapanya. Ibu bapanya tidak tahu dia ke mana.

Nampakkan kesan memaksa sesuatu ke atas anak. Jadilah ibu bapa yang baik. Bincanglah dengan anak-anak. Jangan paksakan kuasa veto ke atas mereka.

5. Kenal pasti minat anak-anak dan membangunkan potensi mereka

Cuba kenal pasti minat anak-anak. Seandainya mereka suka menulis, puji penulisan mereka. Jika mereka suka melukis, puji dan hargai lukisan mereka. Mana tahu suatu hari nanti anak anda akan menjadi penulis buku terkenal atau pun pakar lukisan graphic yang hebat. Ini amat penting. Kerana pada akhirnya, anak-anak akan menjadi hebat dalam bidang yang ia minat. Mereka suatu hari nanti akan bekerja dalam arena yang mereka minat.

Sebenarnya banyak lagi tips dan prinsip menjadi ibu bapa yang baik dan bertanggungjawab. Yang lain bolehlah dikaji dan dicari lagi. Apa yang pentingkan teruskan usaha untuk menjadi ibu bapa yang baik.

Bonus: 3 STEP belajar menjadi ibu bapa yang baik:

1- Banyakkan lagi membaca tentang keibubapaan
2- Tanyakan pada mereka yang berpengalaman
3- Pakej mudah ada step 1 dan 2, beli sahaja buku Cara Mendidik Anak - Tarbiatul Aulad

Buku Tarbiatul Aulad keluaran PTS


Buku tarbiatul aulad itu ditulis oleh Dr. Abdullah Nasih Ulwan, seorang ulama terkemuka islam yang berpengalaman dalam bidang kekeluargaan. Bahasanya mudah dan meresap masuk kedalam jiwa. Saya amat menggalakan bagi bakal suami/isteri, bakal ibu bapa, dan setiap keluarga untuk memilikinya.

Boleh dapatkan secara online dengan mudah. Hanya klik sahaja di sini.

Selamat menjadi ibu bapa yang baik dan bertanggungjawab. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© KHAZANAH ILMU
Maira Gall