Sunday, January 31, 2016

Ilmu Dan Peradaban Ketamadunan

Ilmu adalah teori. Teori tidak akan bernilai jika tiada yang ingin membumikannya. Sebaliknya jika amal tanpa ilmu, maka ia sia-sia. Inilah yang disepakati oleh para ilmuan sejak dahulu. Disebabkan itulah terdapat kata-kata:

"Ilmu tanpa amal adalah gila. Manakala Amal tanpa ilmu tidak berguna"

Oleh itu, saya mahu mengajak rakan-rakan untuk kita saling berkongsi bahan bacaan. Kita saling bantu membantu dalam peningkatan ilmu. Berkongsi apa sahaja demi membangun peradaban.
Membumikan idea bermula dengan perlunya idea (ilmu).

Tamadun Di Bina Dengan ilmu


Peradaban hanya akan wujud bila masyarakat dipenuhi dengan ilmu, mereka melangkah ke atas dunia dengan misi merealisasikan idea dan wawasan. Walau apa-pun terjadi mereka tetap teguh membangun ketamadunan.

Malik Bin Nabi antara yang berpendapat sebegini, beliau berpendapat, bangsa yang mempunyai pelbagai ilmu mampu membangun ketamadunan walau diruntuhkan musuh, walau dijajah. Mereka bangkit dalam waktu yang singkat.

Ya, mungkin mengambil masa untuk mencapai peradaban di waktu ini. Tetapi kita perlu positif demi generasi mendatang. Malik Bin Nabi sering mengutarakan bicara Imam Malik Bin Anas:

Urusan bagi umat terkemudian tidak akan menjadi baik melainkan apa yang telah diperbaiki oleh generasi awalnya.

Maka lebih layak kita katakan, generasi akan datang akan mencapai peradaban dan ketamadunan jika ianya bermula dari generasi kita di masa sekarang.

Mari bersama memohon kepada Allah SWT agar kita diberi kekuatan dalam menuntut ilmu, kemudian mampu merealisasikan wawasan ilmu ke dalam kehdupan demi kesejahteraan umat mendatang.

No comments

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© KHAZANAH ILMU
Maira Gall